DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

KPDN Pulau Pinang telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di Bayan Lepas, Teluk Bahang, Seberang Jaya dan Bukit Mertajam melibatkan 11 orang Pegawai Penguat Kuasa dengan pemeriksaan ke atas 79 premis.
Pemeriksaan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Arahan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan, Pemeriksaan Halal, Ops Bersepadu dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 melalui Ops Tiris 4.0, Rondaan Bermotor, Siasatan Aduan oleh pengguna serta pemantauan bekalan barangan keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak dan gula bagi memastikan bekalan mencukupi serta tidak disalah guna, termasuk pematuhan kepada perundangan berkaitan yang berkuat kuasa. Bagi tindakan yang lebih pantas, orang ramai digalakkan menyalurkan aduan melalui saluran berikut:



