DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

KPDN Cawangan Seberang Perai Utara telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di sekitar Kepala Batas dan Butterworth melibatkan 8 Pegawai Penguat Kuasa dengan pemeriksaan ke atas 45 premis. Pemeriksaan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Arahan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 melalui Ops Tiris 4.0, di samping pemantauan bekalan barangan keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak dan gula bagi memastikan bekalan mencukupi serta tidak disalah guna, termasuk pematuhan kepada perundangan berkaitan yang berkuat kuasa.



