FAMA LAKSANA INTERVENSI PASARAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Selaras dengan mandat untuk menstabilkan pasaran dan memastikan keseimbangan rantaian bekalan makanan, FAMA Negeri Pulau Pinang terus komited melaksanakan langkah intervensi pasaran melalui pelbagai inisiatif strategik.

FAMA telah melaksanakan jualan intervensi di Komtar, Pulau Pinang dengan menawarkan pelbagai hasil pertanian segar seperti mangga Harumanis, jagung, jambu batu lohan serta sayur-sayuran. Inisiatif ini bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan makanan harian pada harga yang berpatutan, khususnya di kawasan tumpuan bandar.

Antara pendekatan utama yang dilaksanakan termasuk meningkatkan pembelian terus hasil pertanian dari ladang bagi komoditi terpilih. Usaha ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah, malah memastikan harga yang lebih adil kepada petani serta pengguna. Selain itu, pelaksanaan intervensi pasaran ini turut membantu mengekang kenaikan harga yang tidak terkawal serta menjamin ketersediaan bekalan makanan segar di pasaran tempatan.
                                                                                                                                                                                    Sumber : FAMA Pulau Pinang https://www.facebook.com/profile.php?id=100068789607106

Artikel/Berita Terkini

KELAS BAHASA ISYARAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Majlis Bandaraya Pulau Pinang menerusi Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti telah berjaya menganjurkan Program Komuniti …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 YBhg. Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), telah menerima …

JADILAH WIRA PENYELAMAT NYAWA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 Setiap titisan darah yang anda dermakan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan rawatan …