PJRM TERENGGANU CATAT JUALAN LEBIH RM31 JUTA SEJAK JANUARI

Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) yang dilaksanakan di seluruh Terengganu sejak awal tahun ini terus mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya menjana nilai jualan melebihi RM31 juta setakat 7 Mei lalu. Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu, Mohd. Mufsi Lat, sebanyak 431 program PJRM telah dianjurkan di seluruh negeri dan memberi manfaat kepada lebih 149,021 pengguna.

Pelaksanaan program itu merangkumi pelbagai lokasi termasuk di premis perniagaan, kampus pengajian, pasar awam serta jualan bergerak bagi memastikan lebih ramai rakyat dapat menikmati barangan keperluan pada harga berpatutan.

Mekanisme pelaksanaan program tersebut turut diperkemas bagi memastikan sasaran membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup dapat dicapai secara lebih berkesan.

Sumber: Kosmo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …