TENGKU MAHKOTA PAHANG BERKENAN ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA TUN MUSA DI ISTANA SERI KINABALU

Tengku Hassanal berkenan mengadakan pertemuan bersama Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, hari ini. – Gambar BERNAMA

KOTA KINABALU: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Keberangkatan tiba baginda di istana pada 2.08 petang disambut oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri Kewangan Datuk Isyak Ayub serta pegawai kanan istana.

Baginda kemudian menandatangani buku lawatan sebelum diiringi oleh Mohd Arifin dan Isyak ke Pejabat Yang DiPertua Negeri Sabah bagi pertemuan bersama Tun Musa.

Pertemuan yang berlangsung selama lebih sejam antara Tengku Hassanal bersama Tun Musa itu adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan idea berkaitan pelbagai perkara.

Seterusnya, baginda akan berangkat ke Kundasang, Ranau bagi mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo yang dijadual berlangsung bermula hari ini hingga 13 Mei.

Menerusi ekspedisi itu, Tengku Hassanal dijadual mendaki Gunung Kinabalu esok (12 Mei) bersama pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ekspedisi Mahkota Borneo itu turut mencerminkan semangat kepimpinan, ketahanan fizikal dan disiplin tinggi yang sentiasa diterapkan oleh Baginda dalam kalangan generasi muda serta pasukan keselamatan negara.

Selain itu, ekspedisi berkenaan juga dilihat mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara negeri Pahang dan Sabah, di samping menyemarakkan semangat perpaduan serta patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …