TENGKU HASSANAL TIBA UNTUK EKSPEDISI MAHKOTA BORNEO DI SABAH

KOTA KINABALU: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Kota Kinabalu 1.40 tengah hari ini, bagi mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah bermula hari ini hingga Rabu.

Keberangkatan tiba Tengku Hassanal di Lapangan Terbang Kota Kinabalu 2 (KKIA2) disambut Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Tengku Hassanal kemudian dijadual mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini.

Baginda kemudiannya dijadual berangkat ke Kundasang dari Kota Kinabalu sekitar 3 petang.

Tengku Hassanal turut mengalu-alukan rakyat Sabah yang ingin bertemu boleh menunggu di sepanjang jalan akan dilalui baginda ke Kundasang.

Menerusi ekspedisi ini, Tengku Hassanal akan mendaki Gunung Kinabalu esok dengan diiringi pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …