EMPAT PATI DITAHAN DALAM OPS SAPU DAN OPS MAHIR DI SETIU

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu terus memperhebat usaha penguatkuasaan menerusi pelaksanaan Ops Sapu dan Ops Mahir yang dijalankan oleh Bahagian Penguat kuasa di sekitar daerah Kuala Nerus dan Setiu pada 4 Mei 2026.

Operasi tersebut melibatkan pemeriksaan di dua lokasi berasingan iaitu sebuah tapak pembinaan dan sebuah kilang kayu yang dipercayai menggaji pekerja asing. Dalam operasi berkenaan, seramai 26 individu telah diperiksa melibatkan semakan dokumen pengenalan diri serta status mereka.

Hasil pemeriksaan mendapati seramai empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berusia antara 33 hingga 48 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta melanggar syarat pas yang telah ditetapkan.

Selain itu, pihak penguat kuasa turut mengeluarkan satu saman saksi sepanjang operasi dijalankan bagi membantu siasatan lanjut berkaitan kes tersebut. Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa khususnya di kawasan tapak pembinaan, industri dan penempatan pekerja asing. Langkah tersebut bertujuan memastikan setiap majikan dan pekerja asing mematuhi undang-undang imigresen negara di samping membanteras kehadiran PATI di negeri Terengganu.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …