PPM SERAH RAMPASAN 7,850 LITER PETROL DISYAKI DISELEWENG KEPADA KPDN SEMPORNA

RAMPAS: Rampasan bekalan petrol yang diperoleh semasa operasi terbabit.

SEMPORNA: Sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Mesra, di sini, dipercayai dijadikan tempat menyimpan petrol untuk kegiatan penyelewengan sebelum diserbu pihak berkuasa.

Dalam operasi itu, sebanyak 7,850 liter minyak petrol disimpan di dalam 314 jeriken berjaya dirampas bersama dua bot laju serta dua enjin sangkut Yamaha 200 kuasa kuda (hp) yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

Rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM63,208.60.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima dua serahan kes rampasan tanpa tuan daripada Pasukan Polis Marin (PPM).

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati semua barang kawalan terbabit dipercayai diseleweng dan disimpan tanpa kebenaran sah.

“Susulan itu, KPDN Semporna membuka dua kertas siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk tindakan lanjut,” katanya.

KPDN turut memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat supaya tidak terbabit dalam aktiviti penyelewengan barang kawalan kerana tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …