KPDN SERBU STOR KUARI SIMPAN 8,155 LITER DIESEL TANPA PERMIT

RAMPAS: Pegawai KPDN merampas lebih 8,000 liter minyak diesel tanpa permit.

TUARAN: Kegiatan menyimpan lebih 8,000 liter minyak diesel tanpa permit terbongkar selepas sebuah stor premis kuari di Kampung Kindu, Jalan Tuaran, diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Serbuan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) itu dijalankan sepasukan penguat kuasa KPDN Cawangan Tuaran hasil risikan selama tiga hari terhadap premis berkenaan.

Ketua Cawangan KPDN Tuaran, Fredlee Sintau berkata, hasil pemeriksaan menemukan kira-kira 8,155 liter minyak diesel disyaki disimpan di dalam sebuah skid tank.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk barang kawalan itu dianggarkan berjumlah RM54,093.10.

“Siasatan awal mendapati premis terbabit gagal mengemukakan lesen atau permit sah bagi penyimpanan barang kawalan berjadual.

“Seorang pekerja premis turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, KPDN akan terus mempergiat pelaksanaan Ops Tiris 4.0 secara bersepadu bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan di negeri ini.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan barang kawalan dan tindakan tegas akan diambil,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …