LEBIH BANYAK INISIATIF PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN UNTUK SABAH

TERIMA KASIH: Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Muhammed Taufiq semasa kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengalu-alukan komitmen Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan untuk membawa lebih banyak inisiatif pembangunan belia dan sukan ke Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, inisiatif Persekutuan itu akan melengkapkan usaha kerajaan negeri dalam membangunkan modal insan dan sukan di negeri ini.

“Sukan juga merupakan platform penting untuk memupuk perpaduan,” katanya ketika menerima kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan,  Dr Muhammed Taufiq Johari, di Menara Kinabalu, pada Jumaat.

Turut hadir Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Setiausaha Tetap Datuk Mansur Asun.

Dalam kunjungan hormat itu, Muhammed memaklumkan kepada Hajiji bahawa kementeriannya telah mengenal pasti beberapa program bagi pembangunan sukan dan belia di Sabah.

Beliau berkata, Sabah mempunyai potensi untuk pembangunan pasaran khusus, khususnya dalam pelancongan sukan.

Muhammed turut memuji Sabah atas komitmen tinggi untuk menghantar kontinjen seramai 200 orang bagi menyokong sambutan Hari Belia Negara yang akan diadakan di Negeri Sembilan pada pertengahan bulan ini.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

111 WARGA ASING DITAHAN DALAM OPS SAPU DI TIGA DAERAH

TAHAN: Antara PATI Yang Ditahan Dalam Operasi Ini. KOTA KINABALU: Seramai 111 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah …

AADK TUBUH UNIT DRON PERKUKUH PEMANTAUAN KAWASAN PANAS DADAH

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menubuhkan Unit Dron bagi memperkukuh pemantauan dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan, khususnya di kawasan panas penyalahgunaan dadah …

THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA

Ayer Keroh – Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita, U Thanusaa …