PENOLONG JURUTERA KANAN DISYAKI GUNA SYARIKAT KELUARGA BUAT PROJEK RM2.6 JUTA

REMAN: Penolong jurutera kanan sebuah agensi kerajaan serta adik kandung dan adik ipar direman selepas disyaki menyalahgunakan kuasa.

LABUAN: Seorang penolong jurutera kanan sebuah agensi kerajaan direman enam hari selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik syarikat milik keluarganya bagi kerja penyelenggaraan bernilai kira-kira RM2.6 juta.

Turut direman bersama lelaki itu ialah adik dan adik iparnya bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan.

Perintah reman sehingga 12 Mei terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu dikeluarkan Majistret Dr Melissa Chia selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Labuan, pagi tadi.

Menurut sumber, semua suspek ditahan antara jam 4 hingga 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Labuan.

“Hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan berkenaan pada 2025.

“Suspek utama yang juga penolong jurutera kanan dipercayai menggunakan lesen syarikat kontraktor utama untuk melantik syarikat subkontraktor milik keluarganya bagi menjalankan kerja pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan di sebuah kompleks anak yatim di negeri ini.

“Nilai keseluruhan kerja yang terbabit dianggarkan kira-kira RM2.6 juta,” katanya.

Sumber berkata, dua lagi suspek yang direman ialah adik kandung dan adik ipar kepada suspek utama yang dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Labuan, Muhammat Azis Malmod ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menyalahgunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …