HATI-HATI MENUNGGANG, ELAK NAHAS JALAN RAYA.‼️

Setiap kali anda menunggang, nyawa anda bergantung kepada tumpuan, disiplin dan tanggungjawab di jalan raya. Pastikan anda sentiasa:

✅Memakai topi keledar dengan betul dan diikat dengan kemas.
✅Gunakan lorong motosikal yang disediakan, serta patuhi had laju dan lampu isyarat.
✅Hindari aksi berbahaya seperti memotong di selekoh, menukar lorong secara tiba-tiba, atau menunggang terlalu dekat dengan kenderaan lain.

Selain itu, pastikan motosikal anda dalam keadaan baik:
✅Periksa brek, tayar, lampu dan cermin sisi sebelum memulakan perjalanan.
❌Jangan menunggang ketika mengantuk atau penat, kerana hilang tumpuan walau sesaat boleh membawa padah.

Keselamatan di jalan raya bermula dengan sikap kita sendiri. Jadilah penunggang yang berhemah, bertimbang rasa dan sentiasa mengutamakan nyawa bukan kelajuan.

🚦 Ingat, pulang dengan selamat jauh lebih bermakna bagi insan yang tersayang. ❤️

Sumber : Majlis Keselamatan Jalan Negara -JPJ

Artikel/Berita Terkini

KELAS BAHASA ISYARAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Majlis Bandaraya Pulau Pinang menerusi Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti telah berjaya menganjurkan Program Komuniti …

KUNJUNGAN HORMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 YBhg. Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), telah menerima …

JADILAH WIRA PENYELAMAT NYAWA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 Setiap titisan darah yang anda dermakan mampu memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan rawatan …