SAMPAIKAN: Azman bersama rombongan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Takad Apin-Apin.
KENINGAU: Suasana pilu menyelubungi Kampung Takad Apin-Apin pagi kelmarin ekoran satu kejadian kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah, dua kenderaan dan empat motosikal milik beberapa keluarga, sekali gus meninggalkan mangsa dalam kesedihan serta kehilangan yang amat berat.
Prihatin dengan musibah yang menimpa mangsa, Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Liawan, Datuk Azman Ruslan segera turun padang menyantuni keluarga mangsa yang terkesan dengan kejadian itu.
Beliau meluangkan masa bersama mangsa dengan mendengar sendiri rintihan mereka serta menghulurkan bantuan kewangan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan, dengan harapan dapat membantu meringankan beban mereka yang terlibat.
SERAH: Sumbangan keperluan asas diserahkan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Takad Apin-Apin.
Turut menzahirkan solidariti, Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Liawan melalui Ketua Wanitanya, Rubiah Sulaiman serta sayap Beliawanis Liawan diketuai Anis Wardah Azman telah menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada keluarga mangsa.
Kehadiran Azman bukan sekadar lawatan simpati, tetapi menjadi sinar harapan buat mangsa yang sedang berdepan detik sukar selepas kehilangan tempat berteduh dan harta benda dalam sekelip mata.
Turut bersama menyertai ziarah terbabit termasuklah Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Liawan, Upilin @ Abdul Samad Abdul Rahman, Naib Ketua Bahagian, Sahanip Jamil serta beberapa AJK Bahagian Gagasan Rakyat Liawan dan Bingkor.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online



