ISU KETIRISAN DAN PENYELUDUPAN PENGGUGAT EKONOMI MALAYSIA

Mutakhir ini, semakin hari semakin kita dibimbangi dengan ledakan isu global yang makin menyesakkan dada dan meruntun denyut nadi masyarakat di negara kita. Segalanya bermula dari tarikh 28 Februari 2026 yang mana meletusnya konflik di Asia Barat atau lebih tepat lagi Perang USA-Israel ke atas Iran dan seterusnya menimpa kesannya sampai ke negara kita, Malaysia.

Akibat konflik ini menyebabkan negara kita mula merasa tempias teruk terutama dari aspek peningkatan harga minyak diesel dan petrol yang telah mula menampakkan kesan ketara dan mengubah kehidupan kita dari zon selesa. Hal ini seterusnya menyaksikan isu ketirisan dan penyeludupan minyak dan barang kawalan yang lain mula meniti lebih kerap di bibir sang penguasa dan juga masyarakat secara umumnya.

Kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bermesyuarat setiap minggu dan dibentangkan laporan terkini perkembangan dan situasi meruncing yang melanda ekonomi negara kita kesan dari konflik yang terjadi di Asia Barat. Justeru itu, mari kita melihat sedikit sebanyak apa yang berlaku dalam isu ketirisan dan penyeludupan yang mana menjadi satu punca menggugat ekonomi negara kita.

Isu ini menerima kesan langsung terutamanya di negeri-negeri bersempadan dengan negara jiran kita terutamanya Thailand. Sebagai contoh, negeri Kelantan,Kedah, Perlis dan Kedah serta Perak yang bersempadan dengan Thailand manakala negeri Johor yang bersempadan dengan negara Singapura.

Peningkatan kes penyeludupan di persisiran pantai Malaysia, termasuk petrol dan diesel, telah dilaporkan terutamanya sejak kawalan sempadan Sungai Golok diperketatkan dan penutupan lebih kurang 212 pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan telah menyebabkan operasi penyeludupan beralih ke perairan utara, terutama di Kedah. Selain barangan seperti minyak petrol,diesel, barang kawalan selebihnya seperti minyak masak,gas LPG, gula, tepung juga diseludup keluar dari negara kita melalui jalan tikus, jeti haram dan lain-lain kaedah oleh pengkhianat negara. Hal ini disebabkan permintaan tinggi dari negara jiran selepas perbezaan harga yang tinggi di sana berbanding harga di negara kita. Tidak dapat tidak kita menyatakan kerja-kerja penyeludupan ini adalah pekerjaan warisan zaman berzaman dan telah berganti generasi terutamanya di kalangan rakyat di negeri bersempadan dengan negara jiran.

Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk menangani penyeludupan, termasuk meningkatkan operasi penguatkuasaan dan memperkenalkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pemantauan sempadan. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga telah menjalankan operasi penguatkuasaan seperti Op Pertiwi dan Op Ehsan, dengan lebih satu juta pemeriksaan telah dilakukan dari tahun 2020 hingga 2024. Pihak KPDNHEP juga diberi tanggungjawab besar untuk mempergiatkan operasi dan pemantauan melibatkan harga barang kawalan dan menguatkuasakan Akta Kawalan Bahan Api 1961 bagi mengambil tindakan ke atas penyeludup yang ditangkap.

Namun, masih ada laporan peningkatan aktiviti penyeludupan di kawasan pesisir pantai, terutama di Kedah, setelah kawalan sempadan diperketatkan di Kelantan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa kawasan kuala di Kedah seperti Kuala Kedah, Kuala Sanglang, dan Kuala Jerlun menjadi lokasi baharu pendaratan bahan terlarang.

Di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula telah mengambil langkah menempatkan anggota polis memantau dan bertugas di stesen minyak terpilih yang berisiko tinggi terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan menangani ketirisan yang berlaku pada ekonomi negara. Tindakan ini memperlihatkan keseriusan masalah ini kepada negara kita dan kita seharusnya sedar serta faham juga cakna bahawa isu ini boleh menjejaskan kehidupan seharian kita.

Akhir kalam, isu ketirisan dan penyeludupan ini dapat ditangani dengan baik dan semua pihak yang terlibat mampu memberi komitmen dan kerjasama sepenuh jiwa dan raga demi memastikan ekonomi  negara kita tetap mampan dan tidak terjerumus ke kancah yang menjejaskan kehidupan kita seharian.

 

Sumber :

  1. Harian Metro : “Peniaga petrol seludup di Sungai Golok pening kepala sebab bekalan terputus hampir sebulan lepas kawalan diperketat”
  2. Petikan berita : APMM jalankan Op Pertiwi & Op Ehsan :lebih 1 juta pemeriksaan dari 2020-2024
  3. Petikan berita : RM31 juta diesel subsidi dirampas dalam 10 bulan Jan – Okt 2024 menerusi Op Tiris 3.0
  4. Infografik : Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …