KAMPUNG ON LOK ABADI NAMA NASIONALIS NEGARA

Asahan – Ditubuhkan sekitar era darurat 1950-an, Kampung Baru On Lok di Batang Melaka, Jasin sebenarnya sebahagian daripada saksi bisu kepada sejarah penubuhan Malaysia hasil daripada kesepakatan dan kerjasama pemimpin kaum utama negara ini pada ketika itu.

Lebih menarik Kampung Baru On Lok adalah hasil gabungan nama dua nasionalis negara iaitu Allahyarham Dato’ Onn Jaafar dan mendiang Tun Tan Cheng Lock yang dikenali sebagai pejuang kemerdekaan bagi penduduk di Tanah Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baru (JPKKB) On Lok, Tey Thiam Hock, 68, berkata, secara kebetulan pula, On Lok dalam bahasa Cina bermaksud aman.

“Nama kampung kami amat unik dan istimewa ia secara tidak langsung menjadi simbolik melambangkan penghormatan terhadap jasa pemimpin tersebut pada zaman penubuhannya.

“Akibat ancaman wujudnya pelbagai anasir mengancam keselamatan, masyarakat Cina yang sebahagian besar tinggal di tebing sungai berhampiran dipindahkan ke kawasan penempatan baharu (Kampung Baru On Lok) dan kami masih kekal di penempatan ini sampai sekarang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sehubungan itu Thiam Hock berharap, nama On Lok menjadi kebanggaan semua kerana mengabadikan nama tokoh nasionalis negara yang membawa kepada penubuhan negara berbilang bangsa ini.

Menurutnya, sejak awal penubuhan penduduk Kampung Baru On Lok aktif dalam aktiviti pertanian seperti getah dan kelapa sawit yang menawarkan suasana luar bandar yang tenang serta mendamaikan.

Jelasnya, meskipun penduduk di penempatan itu adalah majoriti masyarakat Cina, mereka tidak kekok untuk bersarapan atau ‘mengeteh’ di sebuah gerai menjual makanan serta minuman diusahakan oleh orang Melayu.

  • Melaka Hari ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …