GUNUNG MELAKA MULA TAWAN DUNIA

Asahan – Bukit Gapis atau Gunung Melaka kini menjadi antara lokasi pendakian popular apabila sering dikunjungi peminat sukan aktiviti ekstrem termasuk dari luar negara.

Terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Gunung Melaka yang mempunyai ketinggian 489 meter dikatakan mempunyai trek pendakian yang dapat menguji ketahanan fizikal pendaki.

Menyajikan panorama yang indah di puncak, Gunung Melaka mempunyai lima ‘check point’ antaranya batu sarjan, jelondok, lima sahabat dan puncak taubat.

Kehadiran ‘kaki hiking’ saban minggu ke gunung itu secara tidak langsung dapat mengangkat dan memperkenalkan DUN Asahan khususnya kepada orang luar.

Penduduk Abdul Gzani Bujang, 68, berkata, kedatangan pendaki ke Gunung Melaka amat menggalakkan apabila setiap minggu sekurang-kurangnya 30 pendaki akan naik ke puncak gunung.

“Kehadiran pendaki yang bukan sahaja datang dari Melaka memberi ruang untuk penduduk setempat khususnya mempromosikan lagi kawasan kampung kami kepada orang luar.

“Malah menariknya juga saya dan isteri turut menyediakan makan tengah hari untuk pendaki selepas mereka turun, ini secara tidak langsung membantu memperkenalkan makanan kampung kepada orang luar seperti mereka yang datang dari Thailand serta Indonesia,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut warga emas itu, dengan kehadiran pendaki yang semakin ramai khususnya pada waktu cuti imej Gunung Melaka perlu dijaga dengan penambahan fasiliti asas.

“Saya dimaklumkan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam perancangan untuk membina tandas termasuk ruangan untuk menukar pakaian bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada pendaki.

“Selain turut kerja-kerja membina menara tinjau di puncak juga sedang dilaksanakan selain ia dijangka siap pada Jun depan dan kehadiran menara itu nanti akan menarik lebih ramai pendaki untuk datang ke sini,” katanya.

Menurutnya, individu atau pendaki yang ingin mendaki ke Gunung Melaka perlu mendapatkan permit terlebih dahulu dan menggunakan khidmat malim gunung jika tidak mereka sama sekali tidak dibenarkan mendaki.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …