BILA POSITIF JADI TOKSIK? KENAL PASTI TANDA TANDANYA

Kadang-kadang, kita rasa positif itu sentiasa baik. Semua benda kena nampak ceria. Semua benda kena happy. Semua benda kena nampak okay. Tapi… pernah tak awak rasa, mungkin sikap positif itu mula jadi toksik? 😶

Bila terlalu dipaksa positif, ia boleh mula menekan diri sendiri dan orang sekeliling. Kadang-kadang tanpa sedar, kita:

❌Menepikan segala perasaan yang berkaitan kekecewaan, kehilangan, dan kesedihan.
❌Rasa malu bila berhadapan dengan perasaan negatif dan memaksa diri untuk senyum serta berlagak ceria.
❌Menafikan emosi yang membuatkan diri rasa overwhelming.
❌Menyembunyikan perasaan sebenar kerana takut pandangan orang lain.
❌Memperkecilkan atau mempermainkan orang yang mengekspresifkan perasaan negatif mereka sendiri.
❌Menimalkan rasa tidak selesa dengan quotes atau kata-kata semangat yang terlalu general.

Jika awak rasa macam ini, awak tidak keseorangan. Kadang-kadang menjadi terlalu positif boleh buat kita penat secara emosi, mental, dan kadang-kadang fizikal juga.

✨ Apa yang boleh awak lakukan?

✅Kenal pasti emosi sebenar – Jangan abaikan perasaan negatif. Mengakui ia wujud adalah langkah pertama untuk menjaga diri.
✅Luahkan perasaan – Menulis, bercakap dengan rakan, atau kaunselor boleh bantu melegakan tekanan dalaman.
✅Jangan paksa diri ceria – Positif itu baik, tapi bukan jika ia memudaratkan diri sendiri atau orang sekeliling.
✅Terima diri sepenuhnya – Positif yang sihat datang dari memahami dan menerima semua emosi, bukan menolak atau menyoroknya.

Perlahan-lahan, beri ruang pada diri untuk reset emosi dan jaga diri sendiri. Kerana menjaga kesihatan mental itu juga satu bentuk kasih sayang kepada diri sendiri. 💚

✨ Jika awak rasa susah nak urus emosi atau perlukan ruang untuk bercakap, kaunselor kami sentiasa ada untuk mendengar.

SUMBER : SYOKNYA KAUNSELING

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …