26 TONG SISA BAHAN KIMIA DITEMUKAN DALAM KEBUN KELAPA SAWIT

Sebanyak 26 tong berisi sisa bahan kimia ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di FELCRA Air Hitam, Seri Jempol.  Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan dalam kenyataan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.25 pagi pada 15 April 2026 sebelum sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Jempol dikerah ke lokasi.

Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Seremban 2 turut dikerah ke lokasi kejadian. Pasukan HAZMAT yang tiba pada jam 1.24 tengah hari terus menjalankan tugas termasuk membuka penutup tong dram bagi tujuan pengambilan sampel oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Bacaan sampel mendapati sisa buangan adalah nuetral iaitu pH6. Operasi tamat pada jam 3.59 petang dan kesemua tong kemudian diserahkan kepada pihak JAS untuk tindakan selanjutnya termasuk mengenal pasti jenis sisa buangan berkenaan.

Menurut Pengarah JAS Negeri Sembilan, Abdul Aziz Parmin, kesemua tong masih berada di lokasi di bawah pemantauan pihak berwajib. Sampel diserahkan kepada makmal kimia di Melaka untuk mengetahui jenis cecair dipercayai bahan kimia itu dan keputusan akan diperoleh dalam tempoh terdekat.

Memandangkan lokasi itu jauh dari penempatan dan kawasan sungai, pihaknya meletakkan dulu di situ secara sementara sebelum dipindahkan ke premis khas yang dilesenkan untuk menyimpan tong terbabit mengikut kategori yang ditetapkan. JAS akan mengesan individu yang membuang tong terbabit dan hukuman boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …