KITA GEMPUR

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Bertindak daripada video yang tular berkaitan dengan keengganan stesen minyak di Juru arah utara menjual minyak diesel kepada pemandu lori, sepasukan 5 pegawai penguatkuasa telah digerakkan ke stesen tersebut pada jam 8.00 malam hari yang sama (15/4/2026.) Hasil pemeriksaan mendapati stock diesel masih ada di stesen tersebut. Jualan selain daripada pelanggan tetap, dihadkan pembelian hanya sebanyak 20 liter sahaja.

Berikutan itu, suatu tindakan kes telah diambil terhadap stesen minyak tersebut dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 16A(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu keengganan menjual barang kawalan.
Kami menyeru orang awam untuk menjadi “mata dan telinga” kerajaan melalui gerakan KITA GEMPUR. Aduan boleh disalurkan melalui:
1. WhatsApp: 019-848 8000
2. Portal e-Aduan: kpdn.gov.my
3. Call Centre: 1-800-886-800
4. Aplikasi: Ez ADU KPDN
                                                                                                                                                                                    Sumber : KPDN Pulau Pinang https://www.facebook.com/KPDNHEPPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …