DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

KPDN Pulau Pinang telah melaksanakan aktiviti penguatkuasaan di sekitar Seberang Jaya, Perai, Bayan Baru, Batu Maung, Bukit Mertajam, Alma, Machang Bubok, Simpang Ampat, Nibong Tebal dan Batu Kawan melibatkan 20 Pegawai Penguat Kuasa dengan pemeriksaan ke atas 52 premis.
Pemeriksaan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Arahan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Penjualan dan Pembelian Barang Kawalan) (Petrol RON95) 2026 melalui Ops Tiris 4.0, Ops Bersepadu, Siasatan Aduan oleh pengguna serta pemantauan bekalan barangan keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak dan gula bagi memastikan bekalan mencukupi serta tidak disalah guna, termasuk pematuhan kepada perundangan berkaitan yang berkuat kuasa.



