Baru sahaja dapat lelap,tiba-tiba rasa pundi kencing penuh. Terpaksa seret kaki pergi bilik air dalam gelap.Sejam lepas tu,terjaga lagi. Ramai yang anggap benda ini biasa. Kononnya sebab banyak minum aiar sebelum tidur atau menganggap ia sekadar proses penuaan biasa bila umur makin meningkat. Hakikatnya, bangun kencing lebih dari dua kali setiap malam (Nocturia) bukanlah sesuatu yang normal untuk dibiarkan. Bagi lelaki, kekerapan ke tandas waktu malam adalah simptom klasik masalah prostat bengkak yang sedang menekan pundi kencing. Secara umum pula,ia boleh jadi petanda pundi kencing terlalu aktif (overactive bladder), tahap gula kencing manis yang tidak terkawal, atau isu buah pinggang.
Selain dari masalah organ,impak paling besar adalah pada kualiti hidup. Tidur anda hancur. Bangun pagi badan rasa penat melampau, emosi terganggu, dan bagi warga emas, risiko jatuh tergelincir dalam bilik air pada waktu malam sangat tinggi. Jangan biarkan tidur berkualiti anda dirampas setiap malam. Jika anda sudah kurangkan minum air dua jam sebelum tidur tetapi pundi kencing masih “menjerit” minta dikosongkan, tolong pergi buat pemeriksaan.
Sumber: Public Health Malaysia



