MPAG RANCANG BINA BAHARU, BAIK PULIH 11 KEDIAMAN TAHUN INI

Gadek – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) merancang untuk melaksanakan 10 projek baik pulih rumah dan membina sebuah rumah baharu sekitar Daerah Alor Gajah sepanjang tahun ini.

Yang Dipertua MPAG, Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, inisiatif meringankan beban rakyat itu dilaksanakan selepas pihaknya menerima peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Katanya, peruntukan diangkat untuk pertimbangan KPKT adalah berdasarkan kepada permohonan yang diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pemimpin tempatan.

“Anggaran kos bagi pembinaan rumah baharu adalah sekitar RM90,000 sementara itu kerja-kerja baik pulih bagi kesemua 10 rumah dianggarkan menelan kos RM20,000 dan ia bergantung kepada tahap kerosakan.

“Pelaksanaan ini melibatkan seluruh daerah Alor Gajah dan kini MPAG sedang menilai serta meneliti permohonan baik pulih rumah yang diterima,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas Program Masyarakat Di Hati MPAG 2026 sempena Program Wakil Rakyat Untutk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek yang disempurnakan ADUN Gadek Datuk VP Shanmugam di Kampung Sri Tanjung, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, TPr. Saifuddin berkata, langkah itu mencerminkan komitmen MPAG dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus diberi perhatian, khususnya golongan memerlukan.

“Setiap bantuan yang disalurkan bukan sekadar memenuhi keperluan, tetapi sebagai usaha mengembalikan keyakinan dan harapan masyarakat.

“MPAG sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan terutama dalam pembangunan fizikal serta kebajikan masyarakat dalam kawasan pentadbiran,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …