13 SERBUAN, RAMPASAN RM4.13 JUTA SEPANJANG MAC

SERBUAN: Antara hasil rampasan dan tangkapan yang direkodkan Batalion 17 PGA Lahad Datu sepanjang Mac lalu.

LAHAD DATU: Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) mencatatkan kejayaan membanggakan apabila melaksanakan 13 serbuan dengan 24 kes sepanjang Mac lalu, membabitkan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM4.13 juta.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Batalion 17 PGA Lahad Datu, operasi itu dijalankan oleh Cawangan Risik/Task Force Ibu Pejabat Batalion (IP) diketuai Inspektor Mohd Nazari Edris bersama Op Taring ESSZONE Kompeni C yang diketuai Asisten Superintendan Mohd Adam Rahmat.

Menurut kenyataan itu, seramai 18 individu ditahan terdiri daripada 10 lelaki dan lapan wanita, dengan 10 daripadanya warga tempatan manakala lapan lagi warga asing.

“Rampasan membabitkan pelbagai barangan termasuk hidupan liar dilindungi, produk sejuk beku, mercun, rokok seludup, barang kawalan seperti petrol dan diesel serta kenderaan,” katanya.

Dalam satu kes pada 25 Mac lalu di Felda Sahabat 2, seorang lelaki warga asing ditahan bersama lima paket kecil syabu seberat 0.76 gram serta 360 bungkus rokok kretek dipercayai tidak bercukai.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Sementara itu, katanya, pada 12 Mac di Jalan Dam, dua lelaki tempatan ditahan bersama 148 ekor burung liar dilindungi serta 64 sangkar besi tanpa permit sah dengan nilai rampasan dianggarkan RM245,500.

“Kes itu diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah dan disiasat di bawah Seksyen 40(2)(a) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997,” katanya.

Dalam operasi berasingan pada 18 Mac di Kampung Burung, dua lelaki tempatan turut ditahan bersama pelbagai jenis mercun tanpa permit selain dua lori yang digunakan untuk pengangkutan, dengan nilai rampasan RM494,250.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bagi suku pertama tahun ini, Batalion 17 PGA Lahad Datu merekodkan jumlah rampasan keseluruhan RM6.62 juta.

“Pihaknya menegaskan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan dan menghargai kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Hidupan Liar Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia serta pihak berkuasa tempatan.

“Orang ramai turut disaran menyalurkan maklumat bagi membantu membanteras aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …