WRUR ASAHAN BELA KEBAJIKAN 113 KELUARGA MEMERLUKAN

Asahan – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal menyantuni seramai 113 keluarga menerusi program ziarah kasih.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, kesemua mereka dikenal pasti sebagai golongan memerlukan dan merupakan prospek di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka.

Katanya, program itu telah bermula sejak 3 April dan akan diteruskan sehingga 11 April ini melibatkan beberapa lokasi dalam DUN Asahan.

“Ziarah kasih ini memberi tumpuan kepada golongan memerlukan termasuk ibu tunggal, pesakit kronik serta individu yang berdepan kesukaran hidup.

“Dalam tempoh lapan hari berkampung di DUN Asahan JKM Negeri Melaka akan menziarahi antara lapan hingga 10 buah rumah setiap hari bagi menyantuni prospek yang memerlukan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau ditemui pada Program Explorace Anak Syurga, Jejak Sumber Air sempena Program WRUR DUN Asahan yang turut dihadiri Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan di Kompleks MSN Saujana, di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata, selain penerima bantuan kebajikan sedia ada, ziarah itu juga turut membabitkan pemohon baharu yang dikenal pasti sepanjang pelaksanaan program itu.

“Antara kes yang mendapat perhatian setakat 5 April ialah seorang wanita muda yang menghidap kanser dan membesarkan empat anak dalam keadaan serba kekurangan selain menanggung kos sewaan rumah.

“Melalui ziarah kasih ini, JKM Negeri Melaka akan membantu mereka untuk mendapatkan bantuan bulanan bagi meringankan beban keluarga terlibat,” katanya lagi.

  • Melaka Hari ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …