PBT MELAKA PERHEBAT AGENDA PELANCONGAN 2026

Banda Hilir – Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini memberi tumpuan kepada aspek naik taraf infrastruktur dan kebersihan di kawasan pelancongan sepanjang tahun ini.

Ia memandangkan Melaka dijangka terus menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Melaka 2.0.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata, pada masa sama penganjuran pelbagai program di lokasi pelancongan juga terus diperkasa bagi menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke negeri ini.

“Seperti contoh di peringkat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), pelbagai acara dan program giat diadakan secara berterusan di kawasan tumpuan pelancong seperti Bandar Hilir.

“Manakala PBT lain seperti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) juga telah melaksanakan pelbagai naik taraf di lokasi tumpuan seperti Dataran Sejarah Ayer Keroh, Pantai Tanjung Bidara dan Tasik Chinchin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Santuni Kasih Aidilfitri sempena Sambutan Ulang Tahun ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah di Perkarangan Intrinseque Health, Jalan Portugis, di sini, semalam.

Menurut Rais, fokus itu amat penting selari dengan status Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan dan berjaya menggamit jutaan pelancong setiap tahun.

Sementara itu, Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, penjagaan dan keceriaan kawasan pelancongan telah menjadi antara agenda berterusan MBMB sejak 2023 iaitu sebelum bermulanya Tahun Melawat Melaka 2024 yang kini dilanjutkan sehingga 2026.

“Kami telah menyediakan beberapa lokasi untuk memastikan keceriaan dan keselesaan pelancong, terutama di kawasan tumpuan utama di Bandar Hilir. Aktiviti hujung minggu juga dilaksanakan bagi memastikan kawasan ini terus menjadi tumpuan pengunjung di Melaka,” katanya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …