DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Sesi libat urus Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut bersama Encik Mohd Sarifudin Ismail, Guru Besar SK Francis Light bagi membincangkan pelaksanaan Program PENTARAMA Homecoming peringkat sekolah rendah.
Perancangan program ini membuka ruang kerjasama dalam membawa pendekatan elemen hiburan bermaklumat (edutainment) kepada murid serta menyemai nilai patriotisme dan jati diri selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Pihak sekolah turut memberikan kerjasama yang amat baik dan komitmen tinggi dalam memastikan kelancaran pelaksanaan program ini.
Sumber : Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut https://www.facebook.com/JaPenDTL



