CIRI CIRI AUTISME DEWASA

Ramai orang ingat autisme hanya berlaku pada kanak-kanak. Sebenarnya, ramai orang dewasa hidup dengan autisme tanpa pernah didiagnos dan mereka mungkin tak sedar pun. Sebab zaman kita dulu, autisme bukanlah sesuatu yang biasa didengari.

Autisme pada orang dewasa bukan bermaksud “tak pandai” atau “pelik”. Ia lebih kepada cara otak memproses dunia yang berbeza.

Contohnya:

  • Mudah penat bila bergaul lama dengan orang
  • Sukar faham “hint” sosial atau ayat berlapik
  • Sangat fokus pada minat tertentu
  • Tak suka perubahan mengejut
  • Sensitif pada bunyi, cahaya atau sentuhan
  • Perlukan rutin untuk rasa tenang

Anda tahu tak, ramai orang dewasa dengan autisme pandai menyesuaikan diri (masking), nampak macam “normal”, berjaya dalam kerja, ada keluarga — tapi sebenarnya

Sangat penat secara emosi.

Bila tak faham tentang autisme dewasa, masyarakat cepat label:

  • “antisosial”
  •  “ego”
  • “keras kepala”
  • “tak pandai bawa diri”

Sedangkan mereka cuma perlukan kefahaman, bukan penghakiman.

Autisme bukan penyakit untuk disembuhkan.

Ia adalah neurodiversiti — variasi cara manusia berfikir dan merasa.

Bila kita sedar autisme juga wujud dalam kalangan orang dewasa:

  •  Kita jadi lebih empati
  • *Tempat kerja jadi lebih inklusif
  • Hubungan jadi lebih sihat

Kadang-kadang, orang yang “lain sikit” ni dia bukan orang yang bermasalah, cuma mereka berfungsi dengan cara yang berbeza.

Jadi, adakah anda juga seorang yang mempunyai ciri-ciri AUTISME DEWASA? Yang mungkin belum pernah didiagnos?

Adakah anda pernah tertanya pada dirj anda,

“kenapa aku tak sama macam orang lain?? ”

Jika anda rasa anda mempunyai ciri-ciri autism dewasa, anda boleh rujuk kepada mana-mana pakar kesihatan psikiatri yang bertauliah untuk pertanyaan lanjut.

Sumber : Kedah Public Health Physician Association (Public Health)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …