APABILA STRESS BERPANJANGAN MENJADI ‘BURNOUT’

Istilah ini sering digunapakai akhir-akhir ini untuk menggambarkan keadaan stres . Ia merupakan satu keadaan di mana berlakunya keletihan yang ketara dari segi fizikal, emosi dan mental beserta perasaan ragu tentang keupayan diri serta nilai pekerjaan seorang individu disebabkan tekanan yang berpanjangan atau berulang-ulang.

Faktor Berlakunya Burnout, terdapat 3 faktor utama berlakunya Burnout iaitu:

  • Beban kerja berlebihan. Beban kerja yang terlalu banyak, kurang rehat serta tidak melakukan sebarang aktiviti sosial akan menyebabkan fizikal menjadi penat dan lesu.
  • Melakukan kerja yang di luar kepakaran atau secara paksaan tanpa minat yang mendalam, ia boleh menimbulkan tekanan. Ini kerana seseorang individu tidak dapat mencapai kepuasan dalam bekerja.

Terdapat beberapa ciri personaliti yang menyebabkan seseorang individu itu cenderung mendapat tekanan dan Burnout antaranya:

  • Individu yang mementingkan kesempurnaan dalam semua tugasannya.
  • Individu yang meletakkan sasaran yang tinggi.

Cara Atasi Burnout, untuk mengatasi Burnout, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasinya:

  • Rehatkan diri dan ambil cuti kerja supaya fikiran akan lebih tenang dan kembali ke tempat kerja dengan semangat yang baru.
  • Lakukan aktiviti yang relaks seperti mendengar muzik, yoga, aktiviti santai yang dapat membantu merehatkan minda.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan tidur yang mencukupi.
  • Belajar cara untuk urus tekanan dan masa dengan berkesan. Hal ini akan membantu menjadi lebih teratur dan tenang.
  • Tingkatkan komunikasi antara rakan sekerja serta majikan

Kenali tanda-tandanya lebih awal dan dapatkan nasihat profesional sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Sumber: Putra Medical Centre  Alor Setar

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …