PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Dewan Besar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang. Penganjuran program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang serta UiTM Cawangan Pulau Pinang sebagai tuan rumah.

Seramai 25 orang pelajar daripada Politeknik Seberang Perai (PSP) telah dipilih untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa serta menerima sumbangan duit raya berjumlah RM100 setiap seorang sebagai tanda sokongan terhadap kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan YAPEIM dalam memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan sosial masyarakat, khususnya dalam membantu golongan pelajar yang memerlukan. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban para pelajar serta menyuntik semangat mereka untuk terus cemerlang dalam bidang akademik.

Sumber : Politeknik Seberang Perai https://www.facebook.com/Poliseberangperai

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …