BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej Komuniti Bayan Baru. Program ini menghimpunkan penyertaan daripada Kolej Komuniti Negeri Pulau Pinang, Kolej Komuniti Kulim serta SMA Tarbiah Islamiah.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fahmi Asraf Razali, yang berkongsi ilmu serta tunjuk ajar berkaitan teknik melafazkan azan dan iqamah dengan betul dari segi sebutan, tarannum serta kawalan suara.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta turut berpeluang mengikuti sesi latihan praktikal bagi memperbaiki bacaan dan meningkatkan keyakinan diri dalam melaungkan azan. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan ilmu, malah menjadi platform memperkukuh penghayatan ibadah serta memartabatkan syiar Islam dalam kalangan pelajar.

 

Sumber : Kolej Komuniti Bayan Baru https://www.facebook.com/kkbayanbaru

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 Program Jualan RAHMAH MADANI Parlimen Balik Pulau, DUN Pulau Betong telah diadakan di Masjid Sungai …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Program Jualan RAHMAH MADANI Parlimen Nibong Tebal, DUN Sungai Acheh telah diadakan di Masjid Al …

PROGRAM JUALAN AGRO MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  PROGRAM JUALAN AGRO MADANI @ PASAR TANI BAGAN AJAM Jom dapatkan bekalan dapur dengan penjimatan …