Jika span pinggan anda berbau masam, hapak atau hanyir, anda sebenarnya sedang menghidu bau gas buangan (najis) dari jutaan bakteria di dalam span tersebut.

Kajian mikrobiologi telah membuktikan bahawa span basuh pinggan di dapur anda adalah barang paling kotor di dalam rumah. Ia merekodkan 200,000 kali ganda lebih banyak bakteria berbanding mangkuk tandas anda sendiri.

Kenapa span pinggan menjadi ‘syurga’ kuman?

Kuman memerlukan tiga benda untuk membiak dengan sangat pantas:

Sisa makanan, kelembapan, dan suhu yang suam. Span pinggan anda yang sentiasa basah, terendam dalam air sabun berhari-hari dan penuh dengan sisa lemak lauk adalah inkubator gred A untuk kuman bawaan makanan seperti E. Coli, Salmonella dan Campylobacter.

Bila anda guna span hapak ini untuk membasuh cawan anak atau pinggan makan, anda sebenarnya sedang memindahkan kuman tersebut ke permukaan pinggan secara sekata.

Ini cara yang betul untuk menguruskan span pinggan anda:
1.Keringkan Selepas Guna

Kesilapan paling biasa orang kita adalah membiarkan span terendam di dalam bekas berisi air sabun semalaman. Ini adalah pantang larang besar. Selepas basuh pinggan, bilas span dengan air bersih, perah sekuat hati sampai kering, dan letakkan di atas rak jaring yang berlubang supaya angin boleh mengeringkannya.

  1. Nyahkuman (Sanitize) Secara Berkala

Air paip dan sabun biasa tidak akan membunuh kuman di dalam liang span. Seminggu sekali, rendam span tersebut di dalam mangkuk berisi air, dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) selama 1 hingga 2 minit. Air mendidih dari dalam span itu akan mematikan bakteria. Boleh juga rendam dalam air panas mendidih di atas dapur gas.

3. Hayat Span Sangat Pendek

Span pinggan bukanlah harta pusaka. Ia sangat murah. Jangka hayat maksimum untuk sehelai span yang digunakan setiap hari adalah antara 1 hingga 2 minggu sahaja. Walaupun ia belum koyak atau hancur, buang dan tukar yang baru. Jika ia sudah mula berbau masam walaupun baru dipakai 3 hari, itu isyarat wajib buang terus ke dalam tong sampah.

Jangan biarkan anak anda cirit-birit dan masuk wad hanya kerana anda mahu berjimat menukar span yang berharga tak sampai seringgit.

#PublicHealthMalaysia #SpanPinggan

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …