KESAN POSITIF SELEPAS BERHENTI MEROKOK

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, ia adalah peluang keemasan untuk “reset” kesihatan kita.

Tahukah anda apa yang berlaku kepada badan sebaik sahaja anda berhenti merokok?

Proses pemulihan bermula seawal 20 minit pertama! Berikut adalah garis masa kesan positif yang akan anda alami:

20 Minit: Kadar nadi anda mula kembali normal.

8 Jam: Tahap oksigen dalam badan kembali ke tahap normal.

2 Hari: Paru-paru mula bekerja membersihkan lendir dan kotoran. Deria rasa dan bau juga akan bertambah baik.

3 Hari: Pernafasan terasa lebih lega dan mudah.

3 Bulan: Fungsi paru-paru meningkat secara keseluruhan.

1 Tahun: Risiko anda untuk mendapat serangan jantung berkurangan dengan ketara.

5 Tahun: Risiko strok semakin berkurang.

Jadikan Ramadan tahun ini sebagai titik perubahan untuk gaya hidup yang lebih sihat dan cergas. Bukan untuk orang lain, tapi untuk kesejahteraan diri dan keluarga tersayang.

**Sumber Portal Myhealth

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …