Mari kita sama-sama amalkan Tip kekal sihat dan cergas pada bulan Ramadan, bila tengok pelbagai juadah di bazar Ramadan, kita jadi rambang mata. Perhati dan pilih sebelum membeli untuk elakkan keracunan makanan.
Semak 2 perkara utama ini iaitu:
Pengendali Makanan: Pastikan mereka memakai apron bersih, penutup kepala, pelitup muka dan berkuku pendek dan bersih.
Keadaan Gerai: Pilih gerai yang bersih, makanan sentiasa bertutup dan bebas daripada serangga atau haiwan perosak.
Pilihan di tangan anda, tepuk dada tanya hati.



