DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Seksyen Komunikasi Korporat dan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Kesedaran Kewangan bersama Ambank pada 6 Mac 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Kenanga, JPJ Seberang Jaya.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada warga JPJ mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang bijak, perancangan kewangan yang teratur serta kesedaran terhadap komitmen kewangan dalam kehidupan seharian.
Sepanjang sesi berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai perkongsian bermanfaat termasuk strategi mengurus perbelanjaan, kepentingan simpanan dan perancangan kewangan masa hadapan. Program ini juga membuka ruang kepada peserta untuk bertanya serta mendapatkan pandangan daripada pihak penceramah berkaitan pengurusan kewangan yang lebih berkesan.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



