LELAKI WARGA ASING DITAHAN CUBA CURI KOMPONEN MESIN KILANG

PADAH: Suspek ditahan bersama barang curi berkenaan untuk tindakan lanjut.

TAWAU: Cubaan seorang lelaki warga asing mencuri komponen mesin di sebuah kilang di Merotai Besar di sini gagal apabila dia diberkas polis, pada Sabtu.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira jam 2.49 pagi di kawasan pondok pengawal sebuah kilang selepas disyaki terbabit dalam cubaan mencuri komponen mesin berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuba mencuri sebuah dynamo motor 415V di premis berkenaan.

Katanya, kejadian bermula pada Jumaat lalu kira-kira jam 10.30 malam apabila pengawal keselamatan kilang menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.

“Susulan laporan yang dibuat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama anggota Balai Polis Bombalai menjalankan operasi sebelum berjaya menahan suspek.

“Polis turut merampas sebuah dynamo motor 415V yang disembunyikan di dalam karung dipercayai cuba dilarikan suspek,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan pecah masuk dan mencuri.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah.

“Tindakan tegas termasuk operasi, rondaan dan pemantauan keselamatan di premis perniagaan serta kawasan awam akan terus dipertingkatkan sepanjang Ramadan bagi memastikan keselamatan masyarakat dan premis industri sentiasa terjamin,” katanya.

Jasmin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …