JTU SABAH SERBU AKTIVITI AMBIL PASIR HARAM, SITA JENTERA DAN LORI

SITA: Lori yang digunakan untuk menjalankan aktiviti ambil pasir darat secara haram di Kampung Pintasan, Kota Belud.

KOTA BELUD: Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah menyerbu aktiviti pengorekan dan pengambilan pasir darat secara haram di Kampung Pintasan di sini, 5 Mac lepas.

Pengarah JTU Sabah Chua Ming Ling @ Alan berkata, serbuan terbabit turut menyita sebuah ekskavator dan sebuah lori dalam operasi penguatkuasaan kira-kira jam 9.45 pagi.

Katanya, operasi terbabit dilaksanakan selepas pasukan penguat kuasa menjalankan risikan dan intipan selama kira-kira seminggu susulan maklumat mengenai kegiatan pengambilan pasir secara haram di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya, tiada tangkapan dibuat kerana individu yang berada di lokasi kejadian sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa JTU Sabah.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu laporan polis dibuat berhubung operasi berkenaan dan kertas siasatan (IP) akan dibuka oleh Unit Siasatan Bahagian Penguat Kuasa bagi melengkapkan siasatan.

 HARAM: Aktiviti ambil pasir darat secara haram yang berjaya diserbu pasukan penguat kuasa JTU Sabah.

“Tindakan selanjutnya akan diambil mengikut peruntukan di bawah Ordinan Tanah Sabah (Bab 68),” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kejayaan operasi itu juga adalah hasil kerjasama antara pasukan penguat kuasa JTU Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat  (UPPM) Kota Belud serta maklumat daripada orang awam.

Chua berkata, pihak JTU akan terus mempergiatkan  pemantauan dan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti pengambilan tanah, pasir atau batu secara haram di seluruh Sabah.

Katanya, jabatan itu juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pengusaha yang melanggar undang-undang di bawah Ordinan Tanah Sabah.

OPERASI: Pihak JTU Sabah menjalankan operasi penguatkuasaan dan menyita sebuah ekskavator.

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …