CUBAAN SELUDUP 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI GAGAL

RAMPAS: Maritim Malaysia rampas bot dan minyak masak bersubsidi yang cuba diseludup keluar.

SANDAKAN: Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 1,870 paket minyak masak bersubsidi dalam operasi rondaan di perairan Kampung Bokara Lama, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, dua bot yang dikesan dalam keadaan mencurigakan ditinggalkan pemiliknya selepas menyedari kehadiran bot peronda Maritim Malaysia Zon Maritim Sandakan.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, anggotanya menghampiri kedua-dua bot berkenaan untuk tujuan pemeriksaan sebelum beberapa individu melarikan diri ke kawasan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 1,870 paket minyak masak bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup keluar tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki menyeludup barang kawalan tanpa permit sah.

Beliau berkata, semua rampasan termasuk dua bot berserta enjin dan minyak masak dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan melebihi RM50,000,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Maritim Malaysia akan terus memperkukuh rondaan dan pemantauan di perairan negara bagi mengekang aktiviti penyeludupan yang menjejaskan bekalan barang kawalan untuk rakyat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah maritim diminta menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 bagi tindakan segera,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …