SWCorp KELUARKAN 190 NOTIS KESALAHAN BUANG SAMPAH KECIL DI NEGERI SEMBILAN

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan mengeluarkan 190 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) membabitkan kesalahan membuang sampah kecil di tempat dan jalan awam di negeri ini setakat 23 Feb lepas.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri J Arul Kumar, semua notis itu melibatkan warga tempatan, sekali gus meletakkan Negeri Sembilan di kedudukan kedua tertinggi daripada tujuh negeri yang menerima pakai akta berkenaan.

Daripada jumlah notis dikeluarkan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, dua kes telah selesai dibicarakan di mahkamah dengan pesalah dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat. Ini menunjukkan penguatkuasaan yang kita lakukan adalah berterusan dan fokus kerajaan negeri bukan kepada jumlah kompaun dikeluarkan sebaliknya ingin memastikan tahap kebersihan awam dipertingkat dan kesalahan dapat diminimumkan.

Masyarakat tidak boleh menggunakan alasan tidak tahu kerana makluman dan advokasi awal sudah diuar-uarkan malah media juga membuat hebahan meluas, jadi tanggungjawab kita adalah jaga kebersihan dan jangan buang sampah merata-rata. Pembuangan sampah plastik dan puntung rokok di tempat awam masih menjadi kesalahan utama walaupun pelbagai kempen kesedaran dan papan tanda peringatan telah dilaksanakan.

Pihaknya akan menambah tong sampah di kawasan awam bagi memastikan orang ramai tidak membuang sampah sesuka hati selain menyeru pemilik premis swasta supaya menyediakan tong sampah di tempat masing-masing.

 

Sumber: Astro Awani

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN BERI LEBIH TUMPUAN KEPADA “EKONOMI RAKYAT”: FAHMI

Fahmi menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada petugas pada Majlis APC Kementerian Komunikasi Zon Sabah hari ini. – Gambar …

MELAKA REKOD 7.2 JUTA PELANCONG SETAKAT JUN, JANA EKONOMI RM7.27 BILION

Ayer Keroh – Melaka merekodkan lebih 7.2 juta pelancong sehingga Jun tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi …

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN KEPADA SAYA – AZHAR ARSHAD

Ayer Keroh – Berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selama dua tahun dan dua bulan menjadi antara pengalaman amat bermakna …