AKTIVITI BULAN SAMBUTAN TUBERKULOSIS (TB) 2026

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi) 

 

PELAKSANAAN AKTIVITI BULAN SAMBUTAN TUBERKULOSIS (TB) 2026
Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
📢 Peningkatan Kesedaran Mengenai Bahaya Penyakit Tuberculosis & Langkah Pencegahan
🗓️ 23 Februari 2026 (Isnin)
📍 Bazar Ramadan Masjid Daerah Barat Daya
⏰ 5.00 petang
👥 Pengunjung & Peniaga Bazar
🔛 Pelaksana: Pasukan Tibi/Kusta, PKD Barat Daya
📝 LATAR BELAKANG PROGRAM
✅Program ini dilaksanakan sempena Bulan Sambutan Tuberkulosis (TB) Mac 2026 bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai tanda dan gejala penyakit TB, kepentingan pengesanan awal serta mengurangkan stigma terhadap pesakit TB. Pelaksanaan memberi fokus kepada lokaliti dengan beban TB yang tinggi berdasarkan mapping semasa di daerah Barat Daya.
📝 OBJEKTIF PROGRAM
⏩ Meningkatkan kesedaran komuniti mengenai TB.
⏩ Menggalakkan saringan awal dalam kalangan kumpulan berisiko.
⏩ Mengesan individu bergejala untuk dirujuk bagi siasatan lanjut.
🎯 STRATEGI PERLAKSANAAN
▶️ Pengedaran risalah tibi dan penerangan kepada Pengunjung dan Peniaga di setiap gerai.
Sumber : Unit Promosi Kesihatan Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/UPKNegeriPenang

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …