SESSI AMANAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Telah berlangsung sesi amanat Pengarah Pertanian Negeri Pulau Pinang kepada seluruh warga kerja Jabatan Pertanian Malaysia Negeri Pulau Pinang bagi tahun ini.
Dalam amanat tersebut, beliau menekankan kepentingan memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkasakan sektor agromakanan negeri secara lebih strategik dan mampan. Fokus turut diberikan kepada usaha meningkatkan produktiviti melalui penerapan teknologi dan inovasi pertanian, selaras dengan agenda keterjaminan makanan negara.
Beliau juga menyeru agar seluruh warga kerja terus mengamalkan budaya kerja berintegriti, profesional, responsif dan berorientasikan prestasi demi memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan program memberi impak optimum kepada golongan sasar.
Sumber : Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/doapenang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …