REDHA DENGAN TAKDIR

Dalam hidup ini, tiada siapa terlepas daripada ujian seperti kehilangan, kesempitan hidup, masalah keluarga dan kesihatan. Islam mengajar agar redha dengan takdir kerana orang yang benar-benar redha akan mendapat dua ganjaran besar iaitu pahala dan ketenangan hati, yang tidak ternilai harganya.

Apabila ditimpa musibah, ada yang mempersoalkan dan menyalahkan takdir, sedangkan Allah sedang mengangkat darjatnya. Apa yang disangka buruk mungkin sebenarnya terbaik kerana Allah menentukan dengan hikmah dan ilmu yang luas. Setiap ujian bukan kebetulan; Allah memilih waktu dan keadaan kerana Dia tahu hamba-Nya mampu menghadapinya. Ujian bukan tanda Allah benci, tetapi tanda kasih sayang-Nya.

Orang yang redha bukan sahaja mendapat pahala kerana bersabar, tetapi juga kerana menerima ketentuan Allah dengan hati yang lapang. Selain pahala, dia memperoleh ketenangan hati, tidak gelisah dan yakin ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Kadang-kadang kehilangan dan kegagalan membuka jalan kepada sesuatu yang lebih baik. Hidup ini adalah perjalanan ujian, dan setiap hari tidak semuanya menjadi seperti yang dirancang.

Sumber: Ustaz Dr Ashraff Amirul/Saifullah/www.waktusolat.digital

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …