LEBIH 40 KAMPUNG DI KOTA MARUDU, PITAS TERPUTUS BEKALAN ELEKTRIK AKIBAT BANJIR

TUMBANG: Tiang elektrik tumbang selepas ditimpa pokok susulan kejadian tanah runtuh.

KOTA MARUDU: Hujan berterusan yang mengakibatkan banjir di daerah ini sejak beberapa hari lalu turut menjejaskan bekalan elektrik apabila tiang talian voltan tinggi dilaporkan tumbang selepas ditimpa pokok susulan kejadian tanah runtuh, pagi tadi.

Menerusi makluman yang dikongsikan di laman Facebook Sabah Electricity Careline, sebanyak 13 kampung di Kota Marudu dikenal pasti terputus bekalan elektrik setakat ini.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Tondig, Togudon, Tinogu, Lugu Telugung, Kinangkaban, Bombong 4, Bombong 2, Samparita, Samparita Tengah, Bombong 1, Samparita Laut, Soniton Ulu dan Lingkobungan 1.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan pemulihan bekalan dijangka dapat dilaksanakan selepas tiang yang tumbang selesai dibaiki.

BANJIR: Sebahagian laluan jalan raya di daerah ini terputus akibat banjir.

Sementara itu, di Pitas lebih 30 kawasan kampung turut dilaporkan terputus bekalan elektrik akibat banjir yang masih belum surut.

Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Kemiri, Sinasak Batu, Andap, Kebatasan, Kusilad, SMK Pekan 2, Kibulu, Rinasuk Bay, Sosop, Mandamai Bay, Rukom Laut, Rukom Darat, Layung 1, Layung 2, Layang, Loji Air Kanibungan, Kadayan, Ranggal, Pias, Kotuyon, Manduring, Narandang, Pangkalan Kanibungan, Boribi, Lihing, Celcom Kanibungan, Delima, Boboli, Pantai, Untang-Untang, Taradas dan Mapad.

Sabah Electricity memaklumkan pemulihan bekalan akan dilaksanakan secara berperingkat sebaik air banjir surut dan keadaan mengizinkan untuk kerja-kerja teknikal dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sepanjang tempoh cuaca tidak menentu ini.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …