PELAKSANAAN AMALAN TANPA KERTAS (PAPERLESS)

Perkhidmatan awam Malaysia kini melaksanakan inisiatif tanpa kertas (paperless) bagi urusan pentadbiran dan surat-menyurat rasmi secara menyeluruh mulai 09 Februari 2026. Pendekatan ini mempercepat proses kerja, mengurangkan kos dan mengguna pakai platform digital seperti MyGovUC 3.0 serta DDMS bagi meningkatkan kecekapan, sejajar dengan agenda pendigitalan negara.

Kerja Lebih Pro, Data Lebih Selamat! 

Dah tak perlu pening cari fail dalam rak, sekarang semuanya di hujung jari. Tapi, kerja secara paperless bukan sekadar “tak guna kertas” sahaja, ada adab dan peraturannya!

✅ APA YANG WAJIB?

  • Mesyuarat Digital: Tak perlu print edaran, guna skrin atau tablet saja.
  • Sistem Rasmi: Simpan semua fail kerja dalam sistem kerajaan/syarikat yang sah.
  • Komunikasi Rasmi: Gunakan platform digital yang dibenarkan untuk urusan kerja.

🚫 APA YANG DILARANG?

  • No Personal Email: Jangan guna Gmail/Yahoo peribadi untuk hantar dokumen rasmi. Gunakan emel rasmi!
  • Storan Peribadi: Elakkan simpan dokumen sulit dalam Google Drive atau iCloud peribadi. Bahaya kalau kena godam!
  • Print Tanpa Sebab: Kalau tak perlu sangat, jangan tekan butang print.

Kenapa kena buat macam ni?

Supaya data kita tidak bocor, rekod kerja sentiasa ada (tak hilang bila orang bertukar) dan yang paling penting, integriti kita sebagai penjawat awam terjaga.

Jom kita digitalkan cara kerja kita dengan selamat dan berintegriti!

Sumber: Laman Facebook Kementerian Digital

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …