Cinta, Genetik dan Pilihan: Realiti Pasangan Pembawa Thalassemia

Ujian saringan pra-perkahwinan kadangkala membawa berita yang tidak dijangka bagi kedua-dua pasangan yang pembawa Thalassemia. Walaupun pembawa biasanya sihat, apabila dua pembawa berkahwin, setiap kehamilan mempunyai 25% risiko melahirkan anak dengan Thalassemia Major.

Thalassemia Major ialah penyakit darah serius yang memerlukan pemindahan darah berkala dan rawatan sepanjang hayat. Ia bukan sekadar anemia biasa, tetapi keadaan kronik yang menuntut komitmen perubatan berterusan.

Namun, maklumat ini bukan untuk menakutkan malah sebaliknya untuk memberi kesedaran. Dengan kaunseling genetik dan pemantauan rapi, pasangan boleh membuat keputusan yang matang dan berinformasi.

Cinta itu penting, tetapi tanggungjawab terhadap masa depan zuriat lebih utama. Keputusan terbaik ialah keputusan yang dibuat dengan ilmu, bukan sekadar emosi.

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …