BENGKEL PENGURUSAN PENGOPERASIAN BENCANA NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Pengurusan Bencana, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Pengoperasian Bencana Negeri Pulau Pinang Siri 1 Tahun 2026. Seramai 70 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada Focal Person dari setiap Pejabat Tanah dan Daerah (PDT), jabatan-jabatan kerajaan serta agensi-agensi berkaitan yang terlibat dalam koordinasi dan respons pengoperasian bencana di Negeri Pulau Pinang.

 

Bengkel ini memberi tumpuan kepada Bencana Maritim serta Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak, dan seterusnya disusuli dengan Latihan Table Top Exercise (TTX) yang dikendalikan secara bersama oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

 

Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk meningkatkan tahap pemahaman peserta berkaitan peranan dan tanggungjawab sebagai Focal Person serta pasukan respons bencana, di samping memberi pendedahan mengenai strategi dan pengendalian bencana maritim di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

 

Sumber : Unit Pengurusan Bencana,  Pejabat SUK Pulau Pinang  https://www.facebook.com/profile.php?id=61557595016820

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …