FENOMENA KLIMATOLOGI PUNCA CUACA PANAS MELANDA NEGARA

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendedahkan keadaan cuaca panas dan kurang hujan yang sedang melanda negara ketika ini adalah fenomena klimatologi lazim yang berlaku pada penghujung Monsun Timur Laut (MTL).

Keadaan itu kebiasaannya berlaku sekitar penghujung Januari hingga pertengahan Mac setiap tahun dan lebih ketara di negeri-negeri utara serta timur Semenanjung,

Bagi musim MTL kali ini, keadaan panas dan kering bermula lebih awal iaitu sejak penghujung Disember 2025.

“Ini dipercayai dipengaruhi corak taburan sistem atmosfera serantau termasuk kesan fenomena La Nina yang lebih dominan di Hemisfera Selatan.

“Keadaan itu menyebabkan corak cuaca lembap lebih tertumpu di Indonesia dan Australia berbanding Semenanjung Malaysia”.

Berdasarkan analisis klimatologi dan rekod pencerapan MET Malaysia, keadaan panas dan kurang hujan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.

“Selepas tempoh itu, negara dijangka memasuki fasa peralihan monsun atau inter-monsoon bermula pertengahan Mac hingga Mei yang lazimnya dicirikan dengan taburan hujan lebih meluas di kebanyakan kawasan.

Sumber dari Meteorologi

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …