KEMURUNGAN

Apakah itu kemurungan?

Kemurungan adalah penyakit yang dicirikan dengan rasa sedih yang berpanjangan hilang minat terhadap aktiviti yang digemari, disertai dengan ketidakupayaan untuk menjalankan aktiviti harian sekurang-kurangnya selama 2 minggu Kemurungan boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Walaubagaimanapaun, kemurungan boleh dicegah dan dirawat.

Tanda-tanda penyakit kemurungan

  • Hilang minat terhadap aktiviti harian
  • Hilang tumpuan terhadap pekerjaan
  • Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti sosial yang biasa dilakukan hampir setiap hari.
  • Selalu letih dan kurang tenaga dalam melakukan aktiviti harian.
  • Rasa tidak tenteram dan mudah marah
  • Gangguan tidur, sama ada kurang tidur (insomnia) atau terlebih tidur
  • Perubahan selera makan / kurang selera makan
  • Peningkatan atau pengurangan berat badan
  • Rasa bersalah yang keterlaluan
  • Merasakan  diri tidak berguna
  • Putus harapan
  • “Rasa lebih baik mati” kadangkala disertai dengan cubaan membunuh diri

Jika Mengalami Kemurungan

Bercakap dengan seorang yang anda percaya (keluarga atau rakan rapat) tentang perasaan anda. Kebanyakan orang akan merasa lega selepas berbicara dengan orang yang mengambil berat terhadap mereka disamping itu, dapatkan bantuan dari pihak yang professional. Anda boleh mulakan dengan anggota kesihatan atau doktor berdekatan dan juga meneruskan dengan aktiviti yang anda suka semasa anda sihat.

Amalkan rutin senaman, walaupun  sekadar berjalan atau naik tangga. Anda perlu mengekalkan tabiat pemakanan dan tabiat tidur yang biasa. Cuba elakkan diri dari pengambilan bahan terlarang.

Jika ada niat untuk membunuh diri,hubungi seseorang untuk mendapatkan bantuan.

 Mencegah kemurungan

  • Ketahui penyakit anda
  • Bertenang dan sentiasa bersikap positif
  • Tahu punca stress anda dan belajar menangani stress dengan efektif
  • Rancang kewangan anda
  • Amal gaya hidup sihat
  • Menyertai aktiviti yang membuatkan anda gembira contoh: bersenam, menonton wayang, menyertai aktiviti keagamaan atau sosial
  • Tingkatkan aspek spiritualiti dalam diri

https://www.mindasihatkkm.com

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …