PGA LUMPUHKAN SINDIKET SELUDUP MIGRAN

Sindiket penyeludupan migran yang aktif di kawasan sempadan Negeri Sembilan berjaya ditumpaskan selepas 22 warga Indonesia ditahan dalam satu operasi di sini, awal pagi Ahad.

Menurut Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari, tangkapan itu dilakukan menerusi Op Taring Delta kira-kira jam 12.30 tengah malam. Kesemua 22 tangkapan warga Indonesia itu terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita, manakala empat lagi lelaki ialah tekong laut.

Turut dirampas dalam operasi ini ialah dua kenderaan jenis Honda City dan Volkswagen Tiguan selain enam unit telefon bimbit yang digunakan dalam aktiviti penyeludupan migran terbabit. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM239,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Beliau menegaskan, kejayaan operasi itu membuktikan komitmen berterusan PGA dalam membanteras jenayah yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Briged Tengah PGA merekodkan 39 serbuan bagi tempoh 1 Januari hingga 9 Februari tahun ini di kawasan tanggungjawab meliputi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Hasilnya, seramai 161 individu ditangkap dengan rampasan mencecah RM8 juta.

Pihak polis menyeru kerjasama masyarakat untuk menjadi barisan hadapan dalam menyalurkan maklumat sebagai mata dan telinga kepada pasukan keselamatan bagi memastikan sempadan negara kekal bebas daripada pencerobohan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …