RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA PERINGKAT NEGERI DI SICC 17 FEBRUARI

JAFRY

KOTA KINABALU: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri akan diadakan pada 17 Februari ini bermula jam 10 pagi hingga 2 petang di Dewan Kinabatangan I–III, Tingkat 2, Sabah International Convention Centre (SICC).

Majlis berkenaan diserikan dengan keberangkatan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memelihara keharmonian, perpaduan serta kepelbagaian budaya masyarakat.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, penganjuran rumah terbuka itu bukan sekadar simbol perpaduan rakyat berbilang kaum, malah berperanan sebagai platform strategik memperkukuh pelancongan budaya negeri.

Katanya, program seumpama itu memberi peluang kepada pelancong domestik dan antarabangsa menyelami keunikan adat, tradisi serta warisan budaya yang menjadi identiti Sabah sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Beliau menjemput seluruh rakyat negeri ini serta orang awam hadir memeriahkan majlis berkenaan.

“Selain orang awam, jemputan turut membabitkan sekolah, penjawat awam Persekutuan dan negeri, wakil agensi Persekutuan di Sabah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik serta persatuan Cina.

“Pelbagai pengisian disusun bagi menarik kehadiran pengunjung termasuk persembahan kebudayaan seperti tarian singa, paluan mercun dan upacara menggaul Yee Sang.

“Pengunjung juga berpeluang menikmati sajian tradisional pelbagai kaum serta hidangan istimewa yang disediakan 15 hotel lima bintang terkemuka di Sabah,” katanya.

Katanya, sambutan turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan dan antarabangsa selain aktiviti kemasyarakatan mesra keluarga.

“Penganjuran program itu mampu menyumbang kepada pemulihan serta pertumbuhan sektor pelancongan negeri di samping merancakkan ekonomi setempat menerusi acara berimpak tinggi berasaskan kebudayaan.

“Saya berharap orang ramai bersama-sama memeriahkan sambutan berkenaan dalam suasana harmoni sambil mempromosikan keunikan budaya Sabah kepada dunia.

“Gong Xi Fa Cai dan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …