PEMERIKSAAN PEMATUHAN REGULASI PASARAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Pemeriksaan Pematuhan Regulasi Pasaran Pulau Pinang telah dilaksanakan pada hari ini di premis Bangsa Buah, Ara Kuda, Seberang Perai Utara. Aktiviti pemeriksaan ini bertujuan untuk memberikan penerangan serta advokasi kepada para peniaga berkaitan kualiti dan gred hasil keluaran pertanian, di samping memastikan tahap pematuhan terhadap Regulasi Pasaran yang telah ditetapkan.
Fokus utama pemeriksaan adalah merangkumi aspek pelabelan produk, maklumat produk serta pemaparan harga bagi memastikan ketelusan maklumat kepada pengguna dan amalan perdagangan yang adil dalam rantaian pemasaran hasil pertanian.
Selain itu, pemeriksaan ini turut berfungsi sebagai sesi awalan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh terhadap isu-isu pematuhan di peringkat lapangan. Maklumat dan dapatan yang diperoleh akan dijadikan asas kepada pelaksanaan tindakan bersepadu secara lebih tersusun dan berkesan pada masa akan datang.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …